Pergi ke kandungan

Aniq Durar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Aniq Durar
أنيق درر
Kelahiran
Awangku Aniq Durar bin Pengiran Malyx

(1993-03-18) 18 Mac 1993 (umur 33)
PendidikanJurusan Perniagaan
Pusat pendidikanUniversiti Monash, Australia
PekerjaanPelakon, model, pengamal teater
Tahun aktif2018–kini
Karya
Filemografi

Awangku Aniq Durar bin Pengiran Malyx (lahir 18 Mac 1993)[a] ialah seorang pelakon, model dan pengamal teater Malaysia.[1][2] Beliau terkenal dengan memegang watak sebagai Wid dalam Riot! dan sebagai Leftenan Miura dalam Pagari Bulan, yang kedua-duanya dikeluarkan pada 2023.[3]

Aniq Durar memulakan kerjaya lakonan sejak 2018, biarpun pada awalnya ia bukan kerjaya pilihannya. Hanya pada tahun 2023, beliau mendapat kejayaan secara meluas dalam bidang lakonan menerusi drama Luruhnya Bunga Cinta dengan memegang watak sebagai Awal dan drama Riot! dengan memegang watak sebagai Wid. Filem pertama lakonannya, Pagari Bulan ditayangkan pada Oktober 2023 dengan melakonkan watak sebagai Leftenan Miura.[4][5]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Aniq dilahirkan di Sarawak dan mempunyai adik-beradik seramai 7 orang yang mana beliau ialah anak kelima. Beliau berdarah kacukan Melanau dan Pashtun. Bapanya berasal dari Rajang, Sarawak dan berketurunan Melanau serta mempunyai hubungan darah bangsawan dengan kerabat diraja Brunei, manakala ibunya pula berasal dari Perak dan berketurunan Afghanistan. Abang sulung beliau merupakan seorang penyanyi di Amerika Syarikat.[6][7] Beliau ialah pelajar jurusan perniagaan di Universiti Monash, Australia.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2024 Festival Filem Malaysia ke-33 Pelakon Lelaki Harapan Pagari Bulan Menang
  1. ↑ Beliau berkongsi tarikh lahir bersama Rosli Dhoby, Mustapha Kamal Abu Bakar, Noh Dalimin, Teh Kok Lim, Mohan Thangarasu, Az Rahman, Haslinda, Daudsu Jamaluddin, Ayuni Farhana, Redza Rosli, Saiful Aiman, Tabby, Valeree Siow, Vanessa Ng, Reeva Kua Man Hong dan Rayyan Mikail yang juga dilahirkan pada 18 Mac, tetapi berlainan tahun. Ini kerana, Rosli Dhoby lahir 18 Mac 1932, Mustapha Kamal Abu Bakar lahir 18 Mac 1949, Noh Dalimin lahir 18 Mac 1952, Teh Kok Lim lahir 18 Mac 1970, Mohan Thangarasu lahir 18 Mac 1973, Az Rahman lahir 18 Mac 1978, Haslinda lahir 18 Mac 1978, Daudsu Jamaluddin lahir 18 Mac 1985, Ayuni Farhana lahir 18 Mac 1990, Redza Rosli lahir 18 Mac 1992, Aniq Durar lahir 18 Mac 1993, Saiful Aiman lahir 18 Mac 1999, Tabby lahir 18 Mac 2000, Valeree Siow lahir 18 Mac 2002, Vanessa Ng lahir 18 Mac 2003, Reeva Kua Man Hong lahir 18 Mac 2004 dan Rayyan Mikail lahir 18 Mac 2016.
  1. ↑ Ardi Idewani (25 Ogos 2023). "Saya Juga Anak Malaysia: Aniq Durar". Stail.my. Dicapai pada 24 November 2023.
  2. ↑ Dini Azri (23 Februari 2021). "Men Crush February Issue - Up Close & Personal With Aniq Durar". Zalora Thread (dalam bahasa Inggeris). ZALORA. Dicapai pada 27 November 2023.
  3. ↑ Syafil Syazwan Jefri (2 Oktober 2023). "Hero masa depan". Harian Metro. Dicapai pada 24 November 2023.
  4. ↑ Ridzuan Abdul Rahman (24 November 2023). "Aniq panjat rasa syukur". Harian Metro. Dicapai pada 25 November 2023.
  5. ↑ Fatin Farhana Ariffin (28 Oktober 2023). "Aniq pernah dibayar RM500?". Berita Harian. Dicapai pada 25 November 2023.
  6. ↑ Azreezal Hafidz (1 Januari 2019). "Fresh Face 2019: Aniq Durar". Stail.my. Dicapai pada 27 November 2023.
  7. ↑ Stephen Collin (11 Mei 2010). "Achievements of a Sarawakian with a rich cultural heritage" (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 25 November 2023.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]