Azan Ismail
Azan Ismail | |
|---|---|
| أذن إسماعيل | |
| Ketua PKR cabang Kuala Terengganu | |
| Dalam jawatan 2022–2025 | |
| Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Terengganu | |
| Dalam jawatan 2018–2021 | |
| Digantikan oleh | Nik Nazmi Nik Ahmad |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu untuk Bandar | |
| Dalam jawatan 2013–2018 | |
| Digantikan oleh | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Indera Mahkota, Pahang | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 2013 | |
| Didahului oleh | Datuk Wan Adnan Wan Mamat |
| Digantikan oleh | Fauzi Abdul Rahman |
| Majoriti | 1,027 |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 10 Mei 1965 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
Azan Ismail (lahir 10 Mei 1965) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Bandar selama sepenggal (2013-2018) dan mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota selama sepenggal (2008-2013). Di peringkat parti beliau ialah Ketua PKR Cabang Kuala Terengganu dan mantan Pengerusi PKR Terengganu.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional-UMNO, Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan majoriti sebanyak 1,027 undi. Beliau memperolehi 19,823 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 18,796 undi.
Isu dan kontroversi
[sunting | sunting sumber]Saman Utusan
[sunting | sunting sumber]Pada 5 April 2010, Azan Ismail memfail saman fitnah RM29 juta terhadap editor Zulkiflee Bakar dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad. Peguam A. Vasudevan mewakili beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Puncanya, cetakan pada 6 Mac dan 8 Mac 2010, Utusan menyiarkan berita bahawa Azan telah keluar dari PKR bersama beberapa ahli politik lain yang telah melompat parti. Azan juga menuntut faedah 8 peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi RM29 juta dari tarikh saman itu difailkan.[1]
Akhirnya pada 18 Februari 2013, Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad menyiarkan permohonan maaf terbuka kepada MP Indera Mahkota Azan Ismail berhubung satu tulisan fitnah yang mendakwa ahli politik itu meletak jawatan daripada kesemua jawatan dalam PKR dan meninggalkan parti tersebut.Kedua-dua pihak berkenaan mencapai persetujuan itu di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng dalam satu kes saman fitnah yang difailkan MP PKR tersebut. Azan ketika ditemui berkata mahkamah memerintahkan Utusan Melayu (M) Bhd, yang merupakan penerbit Utusan Malaysiam membayar gantirugi kepadanya. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah berkenaan.Beliau berkata beliau akan menarik balik saman tersebut selepas Utusan menyiarkan permohonan maaf dan tulisan yang diperbetulkan itu.[2]
Dakwa cuba dibeli RM5 juta
[sunting | sunting sumber]Pada 27 Jun 2012, dalam sidang media di Parlimen, Azan Ismail mendakwa dirinya ditawar RM5 juta untuk lompat ke parti BN pada 27 Januari 2010 di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Beberapa orang menemui dirinya dan beberapa pemimpin PKR yang lain dan memberi tawaran yang sama.[3]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2008 | P082 Indera Mahkota | Azan Ismail (PKR) | 19,823 | 50.82% | Salamon Ali Rizal Abd Rahman (UMNO) | 18,796 | 48.18% | 39,677 | 1,027 | 77.44% | ||
| 2023 | P036 Kuala Terengganu | Azan Ismail (PKR) | 21,103 | 23.59% | Ahmad Amzad Hashim (PAS) | 68,369 | 76.41% | 89,472 | 47,266 | 72.40% | ||
| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2013 | N14 Bandar | Azan Ismail (PKR) | 9,413 | 56.48% | Toh Chin Yaw (MCA) | 7,254 | 43.52% | 16,983 | 2,159 | 83.29% | ||
| 2018 | Azan Ismail (PKR) | 3,996 | 24.71% | Ahmad Shah Muhamed (PAS) | 7,133 | 44.11% | 16,353 | 2,091 | 80.70% | |||
| Toh Seng Cheng (MCA) | 5,042 | 31.18% | ||||||||||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Anggota Parlimen Indera Mahkota Saman Utusan RM29 Juta
- ↑ "Utusan diperintah mohon maaf pada MP PKR", Malaysiakini.com, 18 Februari 2013.
- ↑ "Azan ditawar RM5 juta untuk lompat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-28. Dicapai pada 2012-06-27.
- ↑ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 16 July 2010. Percentage figures based on total turnout.
- ↑ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
- ↑ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018.
{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link) Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi. - ↑ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.