Pergi ke kandungan

Dan Stevens

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dan Stevens
Image
Stevens ketika 2024
Kelahiran
Daniel Jonathan Stevens

(1982-10-10) 10 Oktober 1982 (umur 44)
London, England
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1999-kini
PasanganSusie Hariet (k. 2009)
Anak-anak3

Daniel Jonathan Stevens (lahir 10 Oktober 1982) adalah seorang pelakon British.

Dilahirkan di Croydon, Stevens mendapat pendidikan di Tonbridge School dan mengambil jurusan Bahasa Inggeris di Emmanuel College, Cambridge. Sementara di Cambridge, dia menjadi seorang ahli The Footlights. Dia telah bekerja secara meluas di teater di UK dan Amerika Syarikat, kerap kali bekerja dengan pengarah Peter Hall. Dia telah dicalon untuk Anugerah Ian Charleson untuk penggambarannya sebagai Orlando dalam As You Like It untuk Hall Company pada 2005.

Pada 2006 dia membintangi sebagai Nick Guest dalam adaptasi BBC novel pemenang Booker Prize Alan Hollinghurst The Line of Beauty. Kemudian tahun itu dia bermain Simon Bliss dalam Hay Fever oleh Noël Coward di Haymarket Theatre, di samping Peter Bowles dan Judi Dench, diarah oleh Sir Peter Hall. Dia bermuncul sebagai Lord Holmwood dalam suatu adaptasi Dracula untuk BBC, dan juga Basil Brookes dalam filem pemenang anugerah Emmy BBC Maxwell.

Pada 2008 dia bermuncul dalam Sense & Sensibility, bermain Edward Ferrars, dan pembaharuan West End The Vortex Noel Coward. Pada Januari 2009 dia bermuncul dalam Hari Tahun Baru dalam Marple: Nemesis pada ITV1 di UK. Pada Jun 2009 dia kembali ke West End, bermain Septimus Hodge dalam pembaharuan disanjung Arcadia Tom Stoppard di Duke of York's Theatre.[1]

Dia adalah pengisah beberapa audiobooks termasuk The Angel's Game, Wolf Hall dan War Horse.

Stevens kini membintangi dalam drama malam Ahad ITV Downton Abbey, dikarang oleh Julian Fellowes.

Dia baru sahaja habis digambar dalam Vamps, filem terbaru dari Amy Heckerling.

Filemografi pilihan

[sunting | sunting sumber]
TahunJudulWatakCatatan lain
2010Downton AbbeyMatthew CrawleySiri televisyen ITV
2009The Turn Of The ScrewDr. FisherWayang televisyen BBC
2009HildeDavid CameronWayang Jerman
2009Miss Marple: NemesisMichael RafielSiri televisyen ITV
2008Sense & SensibilityEdward FerrarsSiri televisyen UK
2007MaxwellBasil BrookesFilem televisyen UK
2006DraculaArthur, Lord HolmwoodFilem televisyen UK
2006The Line of BeautyNick GuestSiri televisyen UK
2004FrankensteinHenry ClervalMinisiri televisyen AS
  1. ↑ Bosanquet, Theo. "Critics Hail Stoppard's Arcadia". Review Round-up. Whatsonstage.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-10. Dicapai pada 2009-06-09.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]