SYOK
Rencana ini mungkin mengandungi penyelidikan asli. (Mei 2023) |
Jenis tapak | Muzik, hiburan, gaya hidup, cabutan bertuah dan Podcast |
|---|---|
| Tersedia dalam | |
| Pemilik | Astro Audio |
| URL | https://www.syok.my/ |
| Komersial | Ya |
| Pendaftaran | Percuma |
| Dilancarkan |
|
| Status semasa | Aktif |
Syok (digayakan sebagai SYOK) ialah sebuah platform perstriman audio, hiburan dan gaya hidup yang dikendalikan oleh Astro Audio sejak 13 Julai 2019. Platform ini menyediakan lebih 20 stesen radio siaran langsung, podcast, berita (tersedia di laman web), kemas kini trafik dan peraduan.
Ia boleh diakses melalui laman web atau memuat turun aplikasinya melalui dari Google Play Store untuk (Android), Apple App Store untuk (iPhone), Huawei App Gallery (Huawei) untuk peranti menggunakan Harmony OS, kereta (seperti Proton X70 dan X50, Android Auto dan Apple Car) dan turut tersedia di dalam siri set-top-box Astro Connected Box seperti Ultra Box dan Ulti Box sebagai "Astro Audio App".
Perihal
[sunting | sunting sumber]Aplikasi ini membolehkan pengguna menikmati pelbagai stesen Astro Audio dan luar tanpa henti, berita dan info trafik terkini dari Astro Radio News & Traffic, podcast tempatan dan peraduan yang menanti. Ini juga dapat mempertingkatkan pengguna untuk mendengar radio dan podcast tanpa ada tersekat (lagging) serta ia berbeza dengan Raku yang tidak mempunyai sebarang perkhidmatan berbayar sebelum ini.
SYOK mula didengari jenamanya sejak pelancarannya pada 13 Julai 2019 di beberapa stesen Astro Audio dan menggunakan jenamanya sebagai kempen selama sehari dan yang utama ialah Era serta menggantikan 11 aplikasi kendiri yang kemudiannya dilancarkan semula pada tahun 2025.
Stesen
[sunting | sunting sumber]SYOK Original Radio
[sunting | sunting sumber]Selepas pelancaran aplikasi SYOK, stesen muzik stand-alone dari Astro Audio telah dijenamakan semula dengan meletakkan perkataan "SYOK" sebagai jenama stesen utama walaupun masih bersiaran di platform set-top-box Astro.
SYOK Featured Radio (Radio Pilihan)
[sunting | sunting sumber]Stesen-stesen yang tiada di dalam set-top-box Astro (seperti Astro B.yond, Ultra Box dan Ulti Box) atau setengahnya tiada di Malaysia melalui frekuensi FM.
S.F.R. telah terbagi 2 bahagian:
Berita, Sukan & Gaya Hidup
[sunting | sunting sumber]- Astro Awani (Siaran langsung audio serentak dengan salurannya di TV)
- BBC World Service (Stesen perkhidmatan dunia dari BBC)
Shown (Ditampilkan)
[sunting | sunting sumber]- KBS World Radio dari KBS World (Korea Selatan)
Bekas
[sunting | sunting sumber]- Astro Arena Radio dari Astro Arena
- You Streaming
- RedRadio dari AirAsia
- Rakita (Boleh didapati melalui gelombang 107.9 FM di Lembah Klang) beralih ke aplikasi Audio+ dan MYTV Mana-mana.
- AFO Radio dari 1 Utama
- AFO - English
- AFO - Chinese
- Radio Masti 24x7 (Singapura)
- Dari ABS-CBN (Filipina)
- Myx Radio
- MOR Entertainment
- Teleradyo Serbisyo
- Dari Singapore Press Holdings (Singapura)
- Kiss92 FM
- One FM 91.3
- Money FM 89.3
- UFM 100.3
- Hao FM 96.3