Siti Khadijah Halim
Siti Khadijah Halim | |
|---|---|
سيتي خديجة حليم | |
| Kelahiran | Siti Khadijah binti Abdul Halim 27 Mac 1997 |
| Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
| Pekerjaan | Pelakon, model, Penyanyi |
| Tahun aktif | 2017–kini |
Karya | Filemografi |
Siti Khadijah Abdul Halim (lahir 27 Mac 1997) ialah seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai juara Gadis Panca NR pada tahun 2018. Beliau mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila membawa watak Lara Andrew di dalam drama Dia Yang Ku Cinta,[1] namun lebih dikenali menerusi drama Ash & Aish, Sekali Lagi Cinta Kembali dan From Saga With Love.[2]
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan mempunyai 4 orang adik-beradik, dua abang (lahir pada 1987 dan 1991) dan seorang kakak (lahir 1989) dan merupakan anak bongsu. Beliau dibesarkan oleh ibu bapanya yang bekerja dalam sektor perkhidmatan awam. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), kampus Lendu, Melaka. Setelah tamat pengajian, beliau terus menjadi seorang pelakon.[3]
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau menyertai pertandingan Gadis Panca NR 2017 anjuran Mingguan Malaysia (akhbar edisi mingguan atau hari Ahad Utusan Malaysia) dan dinobatkan sebagai juara. Kerjaya seninya pula diuruskan oleh syarikat A. Aida Production.[4] Sejak itu, beliau telah membintangi beberapa buah drama dan telefilem.[5]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2023 | Anugerah Drama Sangat 2023 | Pelakon Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon |
| Pasangan Drama Terbaik | Dirinya sendiri (bersama Aniq Suhair) | Tercalon | ||
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | BBNU Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | |
| 2025 | Anugerah Melodi Terhangat 2025 | Selebriti Drama Sangat Terhangat | Tercalon | |
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 | Aktres TV Popular | Tercalon | ||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Fatin Farhana Ariffin (27 Februari 2022). "'Biarlah nama tak komersil...'". Berita Harian. Dicapai pada 25 Julai 2022.
- ↑ Affan Rostam (26 Disember 2022). "Siti Khadijah pilih naskhah lonjak nama". Berita Harian. Dicapai pada 13 Oktober 2023.
- ↑ Nur Asyikin Mayudin (5 Februari 2022). "Siti Khadijah mahu pelihara nama baik, pakaian tak terlalu terbuka walaupun belum bertudung". mStar Online. Dicapai pada 25 Julai 2022.
- ↑ "Siti Khadijah juara Gadis Panca 2017". Malaysia Gazette. 14 Januari 2018. Dicapai pada 25 Julai 2022.
- ↑ Affan Rostam (22 September 2023). "Sukar percaya orang lain, Siti Khadijah urus kerjaya sendiri". Berita Harian. Dicapai pada 22 September 2023.