Laman Utama
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada 26 Oktober 2002. Kini, kami mempunyai 438,628 buah rencana.
Senarai gerbang · Biografi · Falsafah · Geografi · Sejarah · Matematik · Sains · Sastera · Teknologi · Undang-undang |
|
Rencana pilihan Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili (lahir 26 Oktober 1953) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECOS) sejak Februari 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Sabah dan Sarawak untuk penggal kedua dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dari Ogos 2021 hingga keruntuhan pentadbiran BN pada November 2022. Beliau adalah Presiden Parti Bersatu Sabah yang bersekutu bersama parti lain di dalam Gabungan Bersatu Sabah (GBS) dan juga sebagai komponen gabungan parti Perikatan Nasional (PN) di peringkat Kerajaan Persekutuan. Pada 12 September 2020, Parti Bersatu Sabah (PBS) juga telah bersekutu dengan Gabungan baru yang diasaskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin di Negeri Sabah iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Dahulunya, beliau merupakan bekas Menteri di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk kabinet 2008. Selepas itu, beliau pernah menyandang jawatan menteri di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia yang dilantik untuk kabinet 2013 dibawah kepimpinan Yang Berhormat Dato' Sri Mohammad Najib bin Abdul Razak. Sebelum ini juga, beliau adalah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam Perpaduan dan Integrasi Nasional. (Rencana penuh...)
Rencana pilihan sebelum ini:
Berita terkini
Tahukah anda...
Hari ini dalam sejarah 13 Mei: Hari Rotuma di Fiji
Gambar pilihan
Gotong-royong
|
|
|












