Universiti UCSI
Rencana ini nampaknya ditulis seperti sebuah iklan. (December 2019) |
| Jenis | Swasta |
|---|---|
| Ditubuhkan pada | 1986 |
| Pengasas | Dato' Peter Ng |
| Naib Canselor | Academician Senior Professor Dato' Dr Khalid Yusoff |
| Canselor | YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz |
| Pelajar | 13,000 (2018) |
| Lokasi | , |
| Kampus | Kuala Lumpur, Sarawak, Terengganu, Negeri Sembilan |
| Laman sesawang | www |

Universiti UCSI (dahulunya dikenali sebagai Kolej Antarabangsa Sedaya) merupakan sebuah universiti swasta yang diasaskan pada tahun 1986 dan diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah universiti pada 13 September 2003.
Terdapat empat buah kampus Universiti UCSI di seluruh Malaysia iaitu Cheras, Kuala Lumpur; Kuching, Sarawak; Kuala Terengganu, Terengganu dan terbaharu kampus Bandar Springhill di Port Dickson, Negeri Sembilan.
UCSI menawarkan pelbagai disiplin termasuk perubatan, farmasi, kejuruteraan, IT, sains gunaan, perniagaan, seni bina, muzik, sains sosial, seni kreatif dan hospitaliti.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]UCSI diasaskan pada tahun 1986 oleh Dato' Peter Ng sebagai sebuah institut latihan komputer di Petaling Jaya, Selangor yang kemudiannya berpindah lokasi ke Kuala Lumpur bagi menampung jumlah pelajar serta penawaran program akademik yang lebih banyak. Universiti UCSI yang sebelumnya dikenali sebagai Sedaya diberikan status kolej pada tahun 1990 kemudian menerima status kolej universiti pada tahun 2003 dan dinobatkan sebagai universiti penuh tahun 2008.
Universiti UCSI terus memperbaiki kedudukan tahun demi tahun, sekaligus menempatkan diri dalam kelompok universiti terbaik di dunia. Dalam QS World University Rankings 2021, UCSI berada di kedudukan 391 sekaligus berjaya memperbaiki ranking di kedudukan 400 universiti terbaik dunia [1] [2]. UCSI juga antara universiti yang paling cepat meningkat (QS University Rankings: Asia 2018).
Institut Muzik UCSI (IMus) telah berada dalam kelasnya yang tersendiri apabila terus berada dalam ranking 100 terbaik dunia dan dinobat sebagai institusi terbaik di Malaysia bagi seni persembahan tiga kali berturut-turut dalam QS World University Rankings by Subject bagi tahun 2018, 2019 and 2020.
Menjalin kerjasama dengan lebih daripada 4,200 syarikat, UCSI mempunyai jaringan universiti-industri terbesar di Malaysia untuk pelajar dan staf menjalankan praktikal, peluang pekerjaan, pertukaran pengetahuan dan penyelidikan bersama. UCSI juga mencatat kedudukan dalam QS Graduate Employability Rankings 2019.[3]
UCSI juga aktif mempromosikan matlamat pembangunan lestari (SDG) dan merupakan universiti swasta pertama di Malaysia yang diiktiraf sebagai Pusat Kepakaran Serantau (RCE) melalui kampusnya di Sarawak oleh Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Jepun tahun 2019. [4]
Fakulti dan institut
[sunting | sunting sumber]

Universiti UCSI memiliki tujuh fakulti dan tiga institut yang menawarkan lebih 100 program akademik:
Fakulti
[sunting | sunting sumber]- Fakulti Sains Gunaan (Faculty of Applied Sciences)
- Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (Faculty of Business and Management)
- Fakulti Kejuruteraan, Teknologi dan Persekitaran Terbina (Faculty of Engineering, Technology and Built Environment)
- Fakulti Hospitaliti dan Pengurusan Pelancongan (Faculty of Hospitality and Tourism Management)
- Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (Faculty of Medicine and Health Sciences)
- Fakulti Sains Farmaseutikal (Faculty of Pharmaceutical Sciences)
- Fakulti Sains Sosial dan Seni Liberal (Faculty of Social Science and Liberal Arts)
Institut
[sunting | sunting sumber]- Institut Muzik (Institute of Music)
- Institut Sains Komputer dan Inovasi Digital (Institute of Computer Science and Digital Innovation)
- Institut Seni Kreatif dan Rekaan (Institute of Creative Arts and Design)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "World university rankings: UCSI is Malaysia's top private varsity again | Malay Mail Online". www.malaymail.com. Dicapai pada 19 Jun 2019.
- ^ "Varsities rise in QS world ranking - Education | New Straits Times". www.nst.com.my. Dicapai pada 17 Jun 2020.
- ^ "UM tops list for producing employable grads - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 20 September 2019.
- ^ "UCSI University gets UN recognition - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 24 Oktober 2018.
External links
[sunting | sunting sumber]- Rencana dengan nada mempromosi dari December 2019
- EngvarB from February 2015
- Guna tarikh dmy dari February 2015
- Rencana Malaysia kehilangan data geokoordinat
- Semua rencana memerlukan koordinat
- Universiti dan kolej di Kuala Lumpur
- Universiti dan kolej di Negeri Sembilan
- Sekolah perniagaan di Malaysia
- Sekolah muzik di Malaysia
- Educational institutions established in 1986
- 1986 establishments in Malaysia
- Universiti swasta di Malaysia
- Sekolah seni bina di Malaysia