Malaysia

Hari Raya Aidilfitri 2027 dan 2028

Hari Raya Aidilfitri merupakan hari cuti keagamaan yang disambut oleh orang Islam.

KEMASKINI: Cuti umum tambahan telah diumumkan di Malaysia untuk Hari Raya Aidilfitri. Ia akan jatuh pada hari Jumaat, 20 Mac atau Isnin, 23 Mac 2026, bergantung pada tarikh hari raya pertama disahkan secara rasmi.

Pada tahun 2027, Hari Raya Aidilfitri akan disambut pada hari Rabu, 10 Mac. Bagi tahun 2028, cuti tersebut akan disambut pada hari Ahad, 27 Februari.

TahunTarikhHariCutiNegeri
202710 MacRabuHari Raya Aidilfitri Semua Negeri
11 MacKhamisHari Raya Aidilfitri Hari Kedua Semua Negeri
202827 FebAhadHari Raya Aidilfitri Semua Negeri
28 FebIsninHari Raya Aidilfitri Hari Kedua Semua Negeri
29 FebSelasaHari Raya Aidilfitri Hari Kedua Semua Negeri kecuali
Kedah, Kelantan
& Terengganu
Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya.

Hari Raya secara umumnya bermaksud ‘hari perayaan’, dan Hari Raya Aidilfitri adalah hari yang menandakan berakhirnya Ramadan, bulan suci dimana umat Islam berpuasa dari waktu subuh sehinggalah terbenam matahari. Ia dianggap sebagai salah satu dari dua perayaan yang paling penting bagi umat Islam, selain Hari Raya Haji – sempena peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim.

Hari Raya merupakan salah satu perayaan terbesar di Malaysia, dan ramai orang Islam (dan juga bukan Islam) memandu pulang atau terbang ke pangkuan keluarga mereka untuk beberapa ketika bagi bersama dengan keluarga dan orang tersayang. Kebiasaanya sering berlaku kesesakan semasa perjalanan pulang tetapi ianya akan reda sebaik sahaja kesemua mereka sampai ke destinasi masing masing.

Hari Raya Aidil Firi menyaksikan kaum keluarga dan rakan-taulan saling memohon kemaafan sesama mereka, beribadat di masjid dan mengunjungi saudara-mara serta  rakan-rakan sambil menikmati juadah Melayu tradisional seperti ketupat, rendang, sate, lemang dan juga kari. Di Malaysia, kanak-kanak di berikan sedikit duit saguhati oleh ibu bapa mereka atau mereka yang lebih berusia.

Keseluruhan Ramadan di perkayakan dengan aspek kemasyarakatan membabitkan nilai-nilai asas masyarakat Islam, seperti mengambil berat perihal  golongan miskin, memperbanyakkan amal ibadah, serta pemupukan sifat tabah dan sabar sepanjang tempoh tersebut.

Di sepanjang bulan Ramadan, hiasan berupa rumah-rumah kampung, ketupat, lampu minyak dan lampu berwarna-warni meriah menghiasi pusat membeli-besar seperti Mid Valley, 1 Utama, Pavilion, Sunway Pyramid dan The Curve di Kuala Lumpur. Kedai-kedai kecil turut tidak mahu ketinggalan untuk turut serta.

Di seluruh negara, bulan Ramadan menjanjikan pelbagai pilihan makanan yang sedap untuk mereka yang ingin merasai masakan Melayu asli. Bazar Ramadan memenuhi setiap kawasan perumahan, dengan pelbagai pilihan gerai makanan disepanjang jalan.

Tahun-tahun sebelumnya

TahunTarikhHariCutiNegeri
202620 MacJumaatCuti Hari Raya Aidilfitri Semua Negeri
21 MacSabtuHari Raya Aidilfitri Semua Negeri
22 MacAhadHari Raya Aidilfitri Hari Kedua Semua Negeri
23 MacIsninCuti Hari Raya Aidilfitri Semua Negeri kecuali
Kedah
24 MacSelasaCuti Hari Raya Aidilfitri Johor
202530 MacAhadHari Raya Aidilfitri Hari Kedua Kedah, Kelantan
& Terengganu
31 MacIsninHari Raya Aidilfitri Semua Negeri
1 AprSelasaHari Raya Aidilfitri Hari Kedua Semua Negeri
2 AprRabuCuti Hari Raya Aidilfitri Melaka