Hari Keputeraan Sultan Selangor 2026, 2027 dan 2028
Sultan Sharafuddin merupakan raja terkini dan sultan ke sembilan di dalam Dinasti Bugis yang memerintah Selangor. Dinasti ini telah bermula sejak tahun 1745 dan dipercayai berasal dari Sulawesi di Indonesia.
Pada tahun 2026, Hari Keputeraan Sultan Selangor akan disambut pada hari Jumaat, 11 Disember. Bagi tahun 2027, cuti tersebut akan disambut pada hari Sabtu, 11 Disember.
| Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
|---|---|---|---|---|
| 2026 | 11 Dis | Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
| 2027 | 11 Dis | Sabtu | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
| 2028 | 11 Dis | Isnin | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
| Sila skrol ke bawah halaman untuk tarikh tahun-tahun sebelumnya. | ||||
Hari Keputeraan Sultan Selangor adalah salah satu daripada lima hari kelepasan am negeri yang diwajibkan di Selangor. Inilah harinya untuk mempelajari sejarah kesultanan Selangor serta melawat tugu-tugu peringatannya, dan jika berpeluang dapat menikmati pemandangan istana diraja yang terletak di Klang. Bagi umat Islam, Hari Keputeraan Sultan Selangor ini juga wajar disambut memandangkan baginda secara rasminya adalah ketua agama Islam di Selangor selain menjadi ketua negeri.
Tidak banyak perayaan atau sambutan rasmi diadakan sempena hari keputeraan Sultan Selangor, walaubagaimanapun ia merupakan waktu yang terbaik untuk keluar dan meneroka mercu tanda bersejarah di seluruh Selangor atau menghabiskan cuti anda dengan membeli belah, menikmati juadah dan hiburan yang berlandaskan kebudayaan Malaysia.
Tahun-tahun sebelumnya
| Tahun | Tarikh | Hari | Cuti | Negeri |
|---|---|---|---|---|
| 2025 | 11 Dis | Khamis | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
| 2024 | 11 Dis | Rabu | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
