Pergi ke kandungan

Dinasti Kedua Puluh Satu Mesir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dinasti Kedua Puluh Satu Mesir
1077 SM–943 SM
Topeng pengebumian emas firaun Psusennes I
Topeng pengebumian emas firaun Psusennes I
Ibu negaraTanis
Bahasa umumBahasa Mesir
Agama
Agama Mesir Purba
PemerintahMonarki mutlak
Zaman bersejarahTempoh Perantaraan Ketiga Mesir
• Ditubuhkan
1077 SM
• Dibubarkan
943 SM
Didahului oleh
Diganti oleh
Image Dinasti Kedua Puluh Mesir
Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir Image

Dinasti Kedua Puluh Satu Mesir (dinotasikan sebagai Dinasti XXI, juga Dinasti ke-21 atau Dinasti 21) biasanya dikelaskan sebagai dinasti pertama Tempoh Perantaraan Ketiga Mesir Purba, yang berlangsung dari 1077 SM hingga 943 SM.

Selepas pemerintahan Ramesses III, kemerosotan kuasa diraja yang panjang dan perlahan di Mesir menyusul. Firaun-firaun Dinasti Kedua Puluh Satu memerintah dari Tanis tetapi kebanyakannya hanya aktif di Mesir Hilir, yang mereka kawal. Ibu kota dinasti ini berpangkalan di Tanis. Sementara itu, Ketua Kahin Amun di Thebes hakikatnya memerintah Mesir Tengah dan Hulu dalam segala hal kecuali nama. Kahin Mesir yang kemudiannya, Manetho dari Sebennytos menyatakan dalam Epitom beliau mengenai sejarah diraja Mesir bahawa "Dinasti ke-21 Mesir berlangsung selama 130 tahun".[1]

Firaun Dinasti ke-21

[sunting | sunting sumber]
Raja-raja Mesir Dinasti XXI
Firaun ImejPrenomen (Nama takhta)Nama-HorusPemerintahanPengebumianPasangan Komen
Smendes / Nesbanebdjed I ImageHedjkheperre SetepenreKanakhtmeryreseuser Amunkhepesheferseqamaat 1077 - 1051 SMtidak diketahuiTentamun Hanya mengawal Mesir Hilir semasa pemerintahannya. Pengasas Dinasti ke-21.
Amenemnisu ImageNeferkare Heqawaset(tidak diketahui)1051 - 1047 SMtidak diketahui
Psusennes I / Hor-Pasebakhaenniut I Image Akheperre SetepenamunKanakhtemdedamun Userfausekhaemwaset1047 - 998 SMNRT III, TanisMutnedjemet
Wiay
Tempoh pemerintahan yang tepat tidak diketahui. Sama ada 49 tahun atau maksimum 50 tahun.
Amenemope Image Usermaatre Setepenamun(tidak diketahui)1000 - 991 SMTanis Manetho menulis dalam Epitome beliau bahawa Amenemope memerintah Mesir selama 9 tahun dengan 2-3 tahun pertama dalam pemerintahan bersama dengan Psusennes I.
Osorkon si Tua Image Akheperre Setepenre(tidak diketahui)991 - 985 SMtidak diketahui Osorkon si Tua memerintah Mesir selama 6 tahun.
Siamun Image Netjerkheperre SetepenamunKanakhtmerymat Sameryenamunperemhauef985 - 966 SMtidak diketahui Siamun dipercayai telah memerintah Mesir selama 19 tahun. Ahli Egiptologi telah meminda angka Manetho selama 9 tahun untuk raja ini kepada [1]9 tahun berdasarkan Tahun 17 yang diketahui untuknya dalam Sejarah Kahin Karnak.
Psusennes II / Hor-Pasebakhaenniut II Image Titkheperure Setepenre(tidak diketahui)966 - 943 SMtidak diketahui

Garis Masa Dinasti ke-21

[sunting | sunting sumber]
Psusennes IISiamunOsorkon si TuaAmenemopePsusennes IAmenemnisuSmendesImage

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ↑ Kenneth A. Kitchen, The Third Intermediate Period in Egypt (1100–650 BC), edisi ke-3, 1986, Warminster: Aris & Phillips Ltd, p.531

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Jaroslav Černý, Studies in the Chronology of the Twenty-First Dynasty, JEA 32 (1946), 24-30

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]