Laman Utama
سلامت داتڠ کويکيڤيديا
Versi Bahasa Melayu telah dimulakan pada 26 Oktober 2002. Kini, kami mempunyai 438,109 buah rencana.
Senarai gerbang · Biografi · Falsafah · Geografi · Sejarah · Matematik · Sains · Sastera · Teknologi · Undang-undang |
|
Rencana pilihan Durian ialah buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio yang menghasilkan aroma kuat dan boleh dimakan. Di Asia Tenggara ia digelar "raja buah". Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm panjang dan 15 cm diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram. Bentuknya berbeza-beza, bujur hingga bulat, warna kulitnya hijau hingga perang, dan isinya pula kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies. Buah tropikal ini berasal dari Brunei, Filipina, Indonesia dan Malaysia, tetapi telah dikenali di dunia Barat sejak sekitar 600 tahun. Ahli alamiah British abad ke-19 Alfred Russel Wallace memerikan isi buah ini sebagai "kastard kaya dengan rasa badam". Durian boleh dimakan walaupun belum betul-betul masak, dan digunakan sebagai perisa kepada pelbagai jenis makanan berperisa dan manis dalam masakan Asia Tenggara. Bijinya juga boleh dimakan jika dimasak. Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka. Sesetengah orang menganggap bau durian sebagai semerbak; manakala yang lain berasa aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan. Bau ini telah menyebabkan sesetengah hotel dan pengangkutan awam di Asia Tenggara melarang buah ini dibawa masuk. Terdapat lebih 30 jenis spesies Durio yang diiktiraf, sekurang-kurangnya sembilan daripadanya menghasilkan buah yang boleh dimakan. (Rencana penuh...)
Rencana pilihan sebelum ini: Tiada rencana pilihan dicalonkan pada bulan April 2026. Jika anda mahu mencalonkan rencana untuk bulan ini dan bulan seterusnya. Sila mencalonkannya di Wikipedia:Calon rencana pilihan dan ikut langkah demi langkah yang sudah ditetapkan. Selamat menyumbang! Berita terkini
Tahukah anda...
Hari ini dalam sejarah 22 April: Hari Bumi
Gambar pilihan
Gotong-royong
|
|
|












