Idris Ahmad
Idris Ahmad | |
|---|---|
| ادريس احمد | |
Idris pada 2022 | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Bagan Serai, Perak | |
| Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 18,551 (PRU-15) |
Parti Islam Se-Malaysia | |
| Menyandang jawatan 2015 | |
| Presiden | Abdul Hadi Awang |
| Menyandang jawatan 2015 | |
| Mursyidul Am | Hashim Jasin |
| Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) | |
| Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
| Raja | Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah |
| Perdana Menteri | |
| Timbalan | |
| Didahului oleh | Zulkifli Mohamad Al-Bakri |
| Digantikan oleh | Mohd Na'im Mokhtar |
| Ahli Dewan Negara | |
| Lantikan Oleh Yang di-Pertuan Agong | |
| Dalam jawatan 16 Jun 2020 – 5 November 2022 | |
| Penggal | Pertama |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Bukit Gantang, Perak | |
| Dalam jawatan 2013–2018 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 986 (PRU-13) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | (1963-10-19) 19 Oktober 1963 (umur 63) |
| Parti politik | |
| Pasangan | Datin Kamariah Mat Ali |
| Pertalian | Tuan Guru Haji Ahmad Sungai Petai (Ayah) Dato' Seri Haji Hassan Ahmad (Abang) Datuk Md Salleh Ahmad (Abang) Tuan Guru Haji Zakaria Ahmad (Adik) |
| Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (BA dan MA) |
| Pekerjaan | Ahli Politik, Pendakwah |
Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad (Jawi: ادريس بن احمد; lahir 19 Oktober 1963) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia.
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-9, YB Dato' Seri Ismail Sabri dengan memegang Portfolio sebagai Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama dan Ahli Dewan Negara (Senator).
Pada penggal Parlimen Malaysia ke-13, beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang menggantikan penyandang dari PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Kehidupan awal dan pendidikan
[sunting | sunting sumber]Idris dilahirkan pada 19 Oktober 1963 di Changkat Jering, Taiping, Perak. Ayahnya seorang tokoh agama yang dikenali sebagai Tuan Guru Haji Ahmad Kampung Petai. Anak ke lapan daripada sembilan beradik ini lahir dalam keluarga yang mementingkan pengajian agama. Kesemua adik-beradiknya adalah lulusan agama. Abangnya, Hassan Ahmad merupakan bekas Mufti Pulau Pinang. Seorang lagi abangnya, Dato' Salleh Ahmad merupakan bekas pensyarah dan profesor di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan kemudiannya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Idrid melanjutkan pengajian di Maktab Mahmud (1978–1979) dan Kolej Islam Kelang (KIK) (1980–1983). Beliau melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1984–1988) dan Ijazah Sarjana Dakwah dan Kepimpinan (Master) UKM.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau mula menabur khidmat kepada masyarakat pada tahun 1989 setelah dilantik sebagai Pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berkhidmat selama 8 tahun di UiTM Shah Alam dan terus aktif menceburi bidang politik yang sehingga dilantik dilantik sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang pada tahun 2013. Seterusnya beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sebagai senator pada tahun 2020 dan telah diberi kepercayaaan untuk menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada tahun 2021.
Kini telah menjadi Ahli Parlimen Bagan Serai pasca PRU-15[1].
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1999 | N11 Changkat Jering | Idris Ahmad (PAS) | 6,133 | 43.01% | Mat Isa Ismail (UMNO) | 8,127 | 56.99% | 14,579 | 1,994 | 70.00% | ||
| Thn | Konstituensi | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2004 | P005 Jerlun | Idris Ahmad (PAS) | 16,981 | 47.03% | Abdul Rahman Ariffin (UMNO) | 19,123 | 52.97% | 36,822 | 2,142 | 83.41% | ||
| 2008 | Idris Ahmad (PAS) | 17,219 | 46.99% | Mukhriz Mahathir (UMNO) | 19,424 | 53.01% | 37,242 | 2,205 | 81.95% | |||
| 2013 | P059 Bukit Gantang | Idris Ahmad (PAS) | 30,563 | 50.82% | Ismail Saffian (UMNO) | 29,577 | 49.18% | 61,018 | 986 | 85.63% | ||
| 2018 | Idris Ahmad (PAS) | 16,052 | 28.23% | Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (UMNO) | 22,450 | 39.48% | 57,867 | 4,089 | 82.82% | |||
| Khadri Khalid (PPBM) | 18,361 | 32.29% | ||||||||||
| 2022 | P058 Bagan Serai | Idris Ahmad (PAS) | 33,753 | 53.98% | Zul Helmi Ghazali (UMNO) | 15,202 | 24.31% | 62,533 | 18,551 | 77.88% | ||
| Siti Aishah Shaik Ismail (PKR) | 13,195 | 21.10% | ||||||||||
| Ahmad Luqman Ahmad Yahya (PEJUANG) | 383 | 0.61% | ||||||||||
Anugerah dan pengiktirafan
[sunting | sunting sumber]
Wilayah Persekutuan
Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W.) – Datuk (2022)[2]
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Idris Ahmad (2017). Bicara Politik Ustaz Idris Ahmad. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan PAS Pusat.
- Idris Ahmad (2001). Panduan Usrah. Kuala Lumpur: Sarjana Media.
- Idris Ahmad (2000). Teks Usrah: Peringkat Penerangan. Kuala Lumpur: Sarjana Media.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Idris Ahmad di Facebook
- Idris Ahmad di X
- Idris Ahmad di Instagram
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ https://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=4097.
{{cite web}}: Missing or empty|title=(bantuan)CS1 maint: url-status (link) - ↑ "Hasni dahului 263 penerima darjah kebesaran Hari Wilayah Persekutuan 2022". Berita Harian. 8 Februari 2022. Dicapai pada 8 Februari 2022.
{{cite web}}: CS1 maint: url-status (link)
- Penerima Panglima Mahkota Wilayah
- CS1 maint: url-status
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Kelahiran 1963
- Orang dari Perak
- Naib Presiden PAS
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Anggota Majlis Syura Ulama PAS
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama)
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Penerima Darjah Panglima Mahkota Wilayah
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15
